Monday 28 March 2011

Permulaan..

Assalamualaikum...
Batik Butik Galeria merupakan sebuah perniagaan "Special Home Made" yang bertitikcorakkan BATIK yang telah bertapak di salah sebuah kampung di Negeri Terengganu sejak lebih 10 tahun yang lalu...
Dan kini..kami mula menkomersialkan produk BATIK kami secara online dengan tujuan memudahkan urusan perniagaan kepada peminat-peminat BATIK eksklusif di seluruh negara yang gemar membeli-belah di laman sesawang seiring dengan kemajuan sains dan teknologi pada masa kini. Kami juga menawarkan produk aksesori pilihan sebagai "penjamu mata" dengan tawaran yang menarik di samping menawarkan pelbagai jenis BATIK yang kami sedia hidangkan.
Perniagaan kami sedia menerima tempahan samada secara individu mahupun secara borong untuk kakitangan swasta, kerajaan,mahupun persendirian. Yang pastinya semua urusniaga yang kami tawarkan adalah dengan harga yang LEBIH MURAH!!! dan sentiasa memenuhi kepuasan kepada setiap pelanggan kami...

No comments:

Post a Comment